Sunday, October 4, 2015

Masalah Pam Minyak Proton Saga FLX 1.3 Exe

04.10.2015 ..kerosakan motor pam minya petrol saga flx1.3

Cerita ini saya tulis sebagai panduan kepada masalah Pam minyak bagi Proton saga FLX, masalah ini bermula apabila kita letak kereta dan bila kita start balik maka kereta itu tidak dapat dihidupkan lagi, dan bila kita ON kunci kita akan dapat juga dengar bunyi pam minyak berkerja, tetapi bila kita on kunci tetap juga tidak dapat start minyak,

penyelasaiannya...periksa fius untuk pam minyak, kalau ok, cuba buka pam minyak bawah kerusi penumpang belakang dan keluarkan daripada tangki, on kunci sekejap, motor akan pusing, pasang balik maka kereta akan hidup...ini jika motor masih baik cuma jem saja, kalau langsung tiada bunyi maka motor itu rosak,

pengantian motor, kalau motor saga flx ni dia guna motor jenama Bosch dan original dengan harga  rm150.00, dan kalau bukan ori dalam rm90 lebih.

guna hos compressor agar tidak lebur terendam dalam tangki, guna hos warna kuning, jangan guna hos minyak, ia akan jadi lembut dan rosak.

pam minyak

kedudukan pam minyak dalam casing pam

kotak pam baharu

tempat pam minyak saga flx


ni pula hos yang boleh diguna sebagai pengganti hos hitam tu...

hos compressor strip biru
selamat berjaya....boleh save banyak duit jika buat sendiri, dan jangan lupa beli clamp untuk hos ni, kena guna 2 clamp.

20.05.2016

kereta meragam dan telah ditukar dengan pam minyak ori saga flx...selasai masalah tetapi terbang rm230...

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..kat mana boleh dapat motor fuel pum ni..

    ReplyDelete
  3. Beberapa bulan yang lalu,saga blm saya mengalami masalah kurang power atau menjadi berat semasa berada di jalan raya....dengan kata lain kereta saya menjadi lembab..adakah ini berpunca drpd fuel pump....plug,air filter dan fuel filter sdh d ganti namun masih mengalami masalah yang sama.

    ReplyDelete
  4. Ya bro mmg fuel pump kalo kereta rasa beratdan kurang pick up..kereta sy saga blm pon mengalami situasi sama setelah mcm2 tukar spark plug..o2sensor..coil..plug..fuel filter..akhirnya tukar fule pump baru setel....😤

    ReplyDelete
  5. Kalau fuel pump sdh tukar tp tdk jg bole hidup..relay sdh tukar bekalan 12v tdk smpi ke fuel pump sdh try jumper relay bekalan 12v smpi tp bila connect soket ke fuel pump bekalan 12v jd 0 dan fuel pump tdk berfungsi.

    ReplyDelete
  6. Saya sudah tukar fuel pump saga flx tapi bila isi minyak petrol. minyak akan keluar ckit2 ikut bwh kereta.. Jdi kereta sya akan berbau petrol. . Adakah pemasangan fuel pump tidak betul.. Sya sudah hantar bengkel kali ke2 unyuk pembaikan semula... Tpi masalah tidak selesai juga masih minyak petrol akan keluar juga... Apa perlu sya lakukan? Hantar bengkel ditmpt lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So mcm mna la penyelesaian dia? Saga flx kmi pula, sdh tukar fuel pump spt disaran oleh workshop. Tp masih jg bgtu masalah. Baru tukar x smpai dua bulan pun.

      Delete
  7. feul pump saga sv dengan saga flx sama tak..

    ReplyDelete
  8. New saga fuel pump sama x dgn fuel pum blm or flx

    ReplyDelete
  9. Adakah punca meter minyak turun naik(gila) sebab fuel pump jgk?

    ReplyDelete
  10. Kereta saga flx tak nk start.bunyi minyak naik pn tiada

    ReplyDelete
  11. Kereta saga flx tak nk start.bunyi minyak naik pn tiada

    ReplyDelete
  12. Msalah sya pula kdang2 x dpt start. Off blik dlm 30saat pastu start blik bru hdup. Knpa tu ya ? Apa msalah

    ReplyDelete